Sembang Maniac

Sembang-sembang je

OpenSignal : 4G Di Singapura Terpantas Di Dunia, Malaysia Antara Yang Perlahan

Perkhidmatan 4G di Malaysia sudah ditawarkan selama lima tahun di Malaysia yang menjanjikan kelajuan internet sehingga 100 Mbps. Realitinya ialah jarang sekali kita dapat menikmati internet mudah alih pada kelajuan ini. OpenSignal telah mengeluarkan laporan kelajuan purata 4G di 88 negara dunia pada suku ke-empat 2017.

Singapura unggul di tangga teratas dunia dengan kelajuan purata 4G  44.32 Mbps diikuti oleh Belanda (42.12 Mbps), Norway (41.2 Mbps) dan Korea Selatan (40.44 Mbps). Malaysia berada di tangga ke-70 dengan kelajuan purata 14.83 Mbps. Ini adalah peningkatan daripada 14.35 Mbps tahun lalu.

Kelajuan purata 4G di Malaysia adalah di belakang Vietnam (21.49 Mbps) dan Myanmar (15.56 Mbps). Ini masih lagi lebih pantas berbanding Thailand (9.6 Mbps), Filipina (9.49 Mbps) dan Indonesia (8.92 Mbps). Apakah kelajuan purata 4G yang diberikan olah syarikat telekomunikasi pilihan anda.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "OpenSignal : 4G Di Singapura Terpantas Di Dunia, Malaysia Antara Yang Perlahan"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info