Sembang Maniac

Sembang-sembang je

(Ura-Ura) Grab Dikatakan Mungkin Mengambil-Alih Operasi Uber Di Asia Tenggara

Grab dan Uber merupakan antara penyedia perkhidmatan pengangkutan di Malaysia dan rantau Asia Tenggara yang popular – membolehkan pengguna membuat tempahan pengangkutan ke destinasi terus melalui telefon pintar. Kedua-dua syarikat ini boleh dikatakan bersaing sengit diantara satu sama lain, selain masing-masing menawarkan diskaun dan kod kupon untuk menarik pengguna.

Namun, kini hadir desas-desus mengatakan yang mana Grab mungkin mengambil-alih operasi Uber di Asia Tenggara.

Uber

Perkara ini mungkin tidak mengejutkan, memandangkan Uber sebelum ini telah menawarkan operasi mereka di China kepada Didi Chuxing pada 2016 yang lepas – sebagai pertukaran kepada pegangan pada Didi, disamping pada masa yang sama mengurangkan persaingan yang memakan kos tinggi.

Jadi, ia tidak mustahil untuk Uber melakukan perkara sama di rantau Asia Tenggara – dan melakukannya dengan pertukaran pegangan saham dalam Grab. Apatah lagi dengan pegangan Softbank pada kedua-dua syarikat yang mungkin akan membuatkan proses ini berjaya.

Seperti biasa, buat masa ini, ia sekadar desas-desus awal sahaja, dan tiada sebarang komen rasmi daripada kedua-dua pihak buat masa ini.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "(Ura-Ura) Grab Dikatakan Mungkin Mengambil-Alih Operasi Uber Di Asia Tenggara"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info