Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Jualan Permainan SquareEnix Berlangsung Di Steam – Penjimatan Sehingga 85%

Apakah kelebihan platform berbanding konsol? Jualan murah melangkaui akal yang kerap berlangsung di Steam. Permainan konsol jarang sekali dijual pada harga yang murah dan jika berlaku sekalipun masih lagi jatuh di dalam kategori majal.  Hujung minggu ini giliran SquareEnix pula memberikan potongan harga sehingga 85% ke atas permainan mereka. Antara tawaran hebat ialah koleksi lima permainan Hitman dijual pada harga RM31.25, koleksi sebelas Tomb Raider pada harga RM 62.50 dan koleksi  Just Cause 1&2 pada harga RM 15.

Steam-Slae-Square-2

Banyak lagi permainan yang menerima tawaran seperti Final Fantasy, Sleeping Dogs, Life is Strange dan Deux Ex. Kepada mereka yang menantikan kesemua permainan di atas diberikan penurunan harga, jualan murah ini pasti anda nantikan. Jualan akan berlangsung selama 40 jam sahaja lagi. Selamat membeli belah dan terima kasih kepada Tuan GabeN.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Jualan Permainan SquareEnix Berlangsung Di Steam – Penjimatan Sehingga 85%"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info