Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Apple Mampatenkan Fon Telinga Tanpa Wayar Dengan Sistem Sambungan Magnetik

Khabar angin semakin kencang bahawa iPhone 7 tidak akan mempunyai bicu audio 3.5mm. Sebaliknya ia akan menggunakan teknologi tanpa wayar Bluetooth sebagai ganti. Ini adalah bagi membolehkan peranti baru ini dinipiskan lagi disamping ura-ura penambahan pembesar suara stereo pada bahagian bawah. Apple dikatakan akan bekerjasama dengan Beats bagi menghasilkan aksesori fon kepada dan telinga tanpa wayar mereka.

Paten-Fon-Telingan-Apple-1

Kepada yang masih memerlukan fon telinga berwayar, Apple sudah mempatenkan sebuah fon telinga tanpa wayar yang boleh disambung kepada peranti secara magnetik. Dua pembesar suara fon telinga bersambung dengan sebuah wayar, pada bahagian tengah terdapat sambungan magnetik seakan MagSafe yang boleh disambungkan kepada wayar dengan bicu 3.5mm. Ini membolehkan fon telinga tanpa wayar ini dicaj sambil muzik didengari dan membolehkan fon telinga Bluetooth mereka ini digunakan pada peranti audio yang tidak menyokong sistem tanpa wayar. Dengan ini seorang pemilik fon telinga tanpa wayar ini tidak perlu membeli aksesori audio tambahan untuk menggunakannya dengan sistem audio berwayar.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Apple Mampatenkan Fon Telinga Tanpa Wayar Dengan Sistem Sambungan Magnetik"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info