Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Google Menyatukan Pelbagai Perkhidmatan Pembayaran Dibawah Nama Google Pay

Google kini akhirnya mengambil langkah untuk menyatukan pelbagai perkhidmatan pembayaran mereka dibawah satu nama, iaitu Google Pay.

Google Pay

Seperti ramai sedia maklum, Google mempunyai penawaran Android Pay dibeberapa buah negara yang memudahkan transaksi nirtunai melalui telefon pintar. Selain daripada itu, Google juga turut mempunyai Google Wallet yang membolehkan pengguna melakukan perkara lebih kurang sama. Disamping itu, Google turut menyediakan ciri menyimpan info bayaran melalui Google Chrome, selain pada Google Play.

Kini, gergasi internet berkenaan mengambil langkah untuk menyatukan kesemuanya dibawah satu jenama, iaitu Google Pay.

Google Pay

Melalui Google Pay, pengguna boleh menyimpan informasi pembayaran di Google Account, dan seterusnya menggunakan Google Pay untuk membayar secara atas-talian, di kedai, melalui produk Google dan sebagainya.

Seperti biasa, impak ciri Google Pay ini untuk pasaran Malaysia mungkin tidak setinggi di negara-negara lain yang memperlihatkan penggunaan Android Pay dan Google Wallet secara meluas.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Google Menyatukan Pelbagai Perkhidmatan Pembayaran Dibawah Nama Google Pay"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info