Sembang Maniac

Sembang-sembang je

GoPro Keluar Daripada Perniagaan Dron

GoPro hari ini mengumumkan secara rasminya yang mana mereka kini keluar daripada perniagaan dron. Sebelum ini, GoPro telah mengumumkan dron pertama mereka yang dikenali dengan nama Karma, dan nampaknya, Karma jugalah dron terakhir yang pernah dipasarkan oleh mereka buat masa ini.

Dengan keluar daripada perniagaan dron, GoPro turut menghentikan ratusan pekerja dalam syarikat berkenaan. GoPro mengatakan mereka akan keluar sepenuhnya daripada pasaran dron selepas habis menjual stok Karma sedia ada dalam simpanan mereka.

Dron pertama mereka, iaitu Karma telah diperkenalkan pada penghujung 2016 lepas, dan ia telah ditangguhkan pelancarannya sehingga 2017. Di Malaysia, ia telah dijual pada harga RM5999 sejak bulan Mei 2017 lepas.

Bagi anda yang ingin mendapatkan dron, mungkin boleh mendapatkan dron daripada pengeluar lain berbanding dapatkan Karma daripada GoPro ini.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "GoPro Keluar Daripada Perniagaan Dron"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info