Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Aplikasi CarBengkel Diumumkan – Membantu Pengguna Membandingkan Harga Perkhidmatan Bengkel Terdekat

Dengan musim perayaan yang menjelang tiba, banyak pemilik kenderaan akan melaksanakan pemeriksaan terhadap kenderaan mereka bagi memastikan perjalanan jauh berjalan lancar tanpa sebarang masalah di jalan raya. Pada hari ini Cradle Fund memperkenalkan salah satu startup mereka yang menerima dana bagi menyelesaikan masalah ini iaitu CarBengkel.

Menggunakan aplikasi ini, pengguna perlu memasukkan maklumat berkenaan kenderaan yang dimiliki terlebih dahulu. Mungkin proses ini sedikit melecehkan sekiranya pemandu tidak mengetahui maklumat terperinci berkenaan kenderaan mereka namun terdapat juga fungsi-fungsi berkaitan dengannya. Seperti contoh dengan memasukkan maklumat berkenaan kereta, ia sedikit sebanyak memudahkan pencarian komponen ganti pada kereta manakala dengan maklumat berkenaan insurans, aplikasi ini juga turut menyediakan nombor telefon panel insurans yang menyediakan perkhidmatan semasa kecemasan.

Carbengkel-screen

Aplikasi CarBengkel yang mempunyai paparan antaramuka seakan MyTeksi ini juga menekankan perkhidmatan berasaskan lokasi. Selain dari menghantar maklumat berkenaan lokasi berlakunya kecemasan dari kenderaan pengguna, aplikasi ini juga boleh berkongsi lokasi kenderaan tersebut dan membolehkan rangkaian bengkel yang berdaftar dengan CarBengkel untuk mengambil kenderaan tersebut dan melakukan pemeriksaan berkala serta pembaikian kenderaan. Fungsi ini semestinya memudahkan pemilik kenderaan untuk melakukan pemeriksaan berkala tanpa perlu pergi ke bengkel berdekatan. Melalui aplikasi ini juga pengguna boleh menerima sebutharga untuk komponen dan membandingkannya antara bengkel-bengkel yang lain sebelum melaksanakan tempahan.

Sehingga kini terdapat 1000 bengkel berdaftar dengan CarBengkel seluruh negara dan sekitar 1800 bengkel lagi akan didaftarkan tidak lama lagi. Aplikasi ini terdapat untuk platform iOS dan juga Android. Sekiranya anda pemilik bengkel, anda juga boleh memuat-turun aplikasi khusus membolehkan anda berdaftar dengan CarBengkel dan menerima tempahan dan temujanji pembaikian.

Muat-turun: CarBengkel iOS
Muat-turun: CarBengkel Android 
Layari: Carbengkel


Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Aplikasi CarBengkel Diumumkan – Membantu Pengguna Membandingkan Harga Perkhidmatan Bengkel Terdekat"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info