Sembang Maniac

Sembang-sembang je

HTC Vive Pro Dilancarkan Dengan Skrin Beresolusi Lebih Tinggi

HTC Vive ialah antara peranti realiti maya terawal di pasaran. Kelebihannya berbanding Oculus ialah ia mampu mengesan kedudukan pemakai di dalam dunia maya. Peranti kemaskini HTC Vive Pro baru sahaja dilancarkan dengan skrin yang dipertingkatkan serta fon kepala terbina.

Vive Pro dilengkapi dwi skrin OLED dengan resolusi 2880 x 1600 pixel dengan 615 ppi. Ini bersamaan dengan peningkatan sebanyak  78% berbanding Vive asal yang dilengkapi skrin 2160 x 1200 pixel. Pembesar suara terbina disertakan pengguna merungut penggunaan fon kepala berasingan menjadikan Vive kurang selesa dan menambahkan jumlah kabel yang berselirat.

Sepasang kamera turut disertakan pada bahagia hadapan Vive Pro. Ia juga kini berwarna biru berbanding hitam sepenuhnya sebelum ini. Bagi memudahkan lagi pengguna menyelam ke alam maya, penyesuai tanpa wayar turut dilancarkan oleh HTC. Tiada pengumuman mengenai harga dan tarikh jualan diumumkan.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "HTC Vive Pro Dilancarkan Dengan Skrin Beresolusi Lebih Tinggi"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info