Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Sennheiser Mengumumkan Fon Kepala HD 25 Edisi Terhad Robin Schulz

Sennheiser merupakan sebuah jenama audio yang cukup terkenal dengan fon-fon kepala dan mikrofon mereka, dan Sennheiser HD 25 merupakan sebuah fon kepala yang popular di kalangan DJ.

Salah seorang daripada DJ ini ialah Robin Schulz, seorang DJ dari Berlin yang terkenal kerana lagu-lagu elektronikanya, dan juga penggunaan fon kepala Sennheiser HD 25 yang berwarna hitam.

Terkini, Sennheiser melancarkan fon kepala Sennheiser HD 25 Robin Schulz Edition yang berwarna putih, dan hadir dengan rekaan dan spesifikasi yang lebih kurang sama seperti model sebelum ini.

Dari segi rekaan, fon kepala HD 25 ini mempunyai pendakap terpisah yang membuatkannya cukup selesa untuk dipakai dan boleh dilipat untuk disimpan dengan mudah.

Dari segi spesifikasi pula, fon kepala ini hadir dengan rekaan bunyi tertutup (closed transducer), frekuensi tindakbalas 16Hz sehingga 22K Hz, nilai impedans 70 ohm dan juga kabel sepanjang 1.5 meter.

Lebih menarik lagi, fon kepala HD 25 Edisi Robin Schulz ini hanya boleh dibeli melalui kedai atas-talian Sennheiser, ataupun di kedai-kedai flagship Sennheiser di Berlin, Singapura dan Wedemark pada harga 245 Euro (RM1175).



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Sennheiser Mengumumkan Fon Kepala HD 25 Edisi Terhad Robin Schulz"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info