Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Modem Qualcomm Snapdragon X24 Dilancarkan Dengan Kelajuan Muat Turun Mencecah 2Gbps

Peranti pintar amat bergantung kepada capaian internet untuk berfungsi. Seperti sedia maklum, semakin pantas kelajuan internet  semakin banyaklah tugasan yang dapat dilakukan menggunakan telefon pintar. Qualcomm hari ini telah melancarkan modem 4G LTE terkini mereka iaitu Snapdragon X24.

Snapdragon X24 ialah modem 4G LTE Cat 20 yang mampu memberikan kepantasan muat turun sehingga 2 Gbps. Modem ini akan menjadi batu loncatan kepada modem yang lebih pantas menggunakan teknologi 5G yang dijangka beroperasi pada tahun 2019. Cip Snapdragon X24 dihasilkan menggunakan teknologi FinFET 7nmn dan menyokong 4×4 MIMO. Qualcomm akan menunjukkan kemampuan X24 di acara MWC yang bakal berlangsung di Barcelona penghujung bulan ini.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Modem Qualcomm Snapdragon X24 Dilancarkan Dengan Kelajuan Muat Turun Mencecah 2Gbps"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info