Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Maybank QR Pay Dijangka Diperkenalkan Januari 2018 – Diintegrasikan Bersama Aplikasi M2U

Maybank kini dilihat dalam persiapan untuk memperkenalkan ciri pembayaran baru memfokuskan pembelian diluar-talian, dinamakan Maybank QR Pay.

Fungsi baru ini akan diintegrasikan terus pada aplikasi Maybank 2U yang sedia-ada, sekaligus memudahkan pengguna menggunakannya tanpa perlu muat-turun sebarang aplikasi tambahan. Disamping itu, memandangkan ia diintegrasikan pada Maybank2U, ia membolehkan pengguna menggunakannya dengan lebih mudah – dan bukannya seperti perkhidmatan lain yang perlu anda menambah-nilai atau memautkan dengan kad kredit serta lain-lain.

Maybank dijangka menawarkan ciri baru ini melalui kemaskini akan datang untuk aplikasi Maybank 2U sekitar Januari 2018 kelak. Jikalau dilihat daripada implementasi pada beberapa perkhidmatan lain, ia membolehkan pengguna mengaktifkan aplikasi, mengimbas kod QR seseorang penjual, dan memasukkan amaun untuk bayaran. Berkemungkinan kita akan melihat kaedah sama digunakan oleh Maybank.

Selain daripada Maybank, terdapat sejumlah perkhidmatan lain yang turut sedang melihat kepada arena sama, termasuk Boost, Touch N Go, Alipay, WeChat Pay – dan juga Telekom Malaysia yang ingin membangunkan dompet digital mereka tersendiri.

*Gambar sekadar hiasan.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Maybank QR Pay Dijangka Diperkenalkan Januari 2018 – Diintegrasikan Bersama Aplikasi M2U"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info