Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Qualcomm Bekerjasama Dengan Blackberry Di Dalam Arena Kenderaan Berhubung

Qualcomm dan Blackberry bukanlah syarikat yang sering dikaitkan dengan industri automotif. Tetapi kedua-duanya kini bekerjasama untuk membangunkan sistem yang digunakan pada kenderaan berhubung. Perisian QNX Hypervisor 2.0 yang dibangunkan Blackberry digunakan untuk menjalankan sistem komputer dan hiburan kenderaan.

Pemproses Snapdragon 820A apabila digabungkan dengan perisian ini ialah kombinasi ampuh untuk mengawal kenderaan swapandu berhubung.  Pembangunan sistem untuk kenderaan swapandu dipercayai akan menjadi medan pertempuran syarikat teknologi dalam masa terdekat. Google, Apple dan Samsung kesemuanya sudahpun mempunyai kepentingan di dalam arena ini.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Qualcomm Bekerjasama Dengan Blackberry Di Dalam Arena Kenderaan Berhubung"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info