Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Razer Phone Tertiris – 5.7-inci 120Hz, Speaker Stereo, Snapdragon 835, 8GB RAM

kiniRazer bakal melancarkan telefon pintar mereka secara rasminya esok, tetapi seperti biasa, disebabkan kesilapan teknikal, laman The Verge telah menerbitkan video peranti berkenaan [kini telah ditarik kembali], dan memperlihatkan apakah yang akan dibawakan olehnya.

Razer Phone

Melalui video ringkas yang diterbitkan, ia mengatakan telefon Razer ini hadir dengan binaan yang menggunakan elemen seperti komputer riba Razer. Dinamakan Razer Phone, ia hadir dengan skrin 5.7-inci dengan skrin pada kadar segar semula 120Hz.

Dengan kadar segar semula 120Hz ini, ia menawarkan pengalaman bermain permainan video dengan paparan yang lebih lancar – seumpama pada iPad Pro.

Disamping itu, Razer turut melengkapkan ia dengan sokongan dwi-speaker dan dilengkapi bateri berkapasiti 4000mAh.

Melengkapkan telefon pintar ini juga adalah cip Snapdragon 835, memori 8GB RAM, dan ruangan storan 64GB. Ia turut menggunakan dwi-kamera belakang dengan sensor 12-megapixel.

Razer Phone

Razer Phone

Razer Phone bakal dipasarkan di Amerika Syarikat bermula bulan November ini pada harga $699 iaitu sekitar RM2957 mengikut kadar tukaran mata wang semasa.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Razer Phone Tertiris – 5.7-inci 120Hz, Speaker Stereo, Snapdragon 835, 8GB RAM"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info