Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Peranti Essential Tanpa Bezel Keluaran Andy Rubin Disahkan Menggunakan Android

Dua hari yang lalu kami melaporkan Andy Rubin, bapa sistem operasi Android menunjukkan prebiu peranti tanpa bezel yang sedang dibangunkan oleh syarikat baru beliau Essential. Tiada maklumat mengenai spesifikasi dan sistem operasi diberikan oleh beliau menerusi Tweet yang dikongsikan.

Salah satu misteri peranti ini akhirnya terbongkar. Eric Schmidt yang merupakan Pengerusi Eksekutif di Alphabet mengesahkan peranti Essential ini menggunakan sistem operasi Android. Ini sebenarnya tidak mengejutkan sama sekali kerana membangunkan sistem operasi baru ialah sesuatu yang kurang wajar. Andy Rubin amat arif dengan Android dan ia juga membuka ruang kepada jutaan aplikasi sedia ada. Tanpa sokongan aplikasi popular, peranti secanggih manapun mustahil untuk mendapat sambutan.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Peranti Essential Tanpa Bezel Keluaran Andy Rubin Disahkan Menggunakan Android"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info