Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Apple iPad Pro Diumumkan – Tablet Paling Berkuasa Daripada Apple, Berskrin 12.9-inci

Apple hari ini pada acara pengumuman produk baru mereka telah pun mengumumkan tablet terbaru mereka dibawah keluarga iPad, dipanggil iPad Pro. Apple mengatakan ia merupakan tablet paling berkuasa daripada mereka dalam keluarga iPad sehingga kini.

Apple iPad Pro

iPad Pro ini hadir dengan skrin bersaiz 12.9-inci, dan membolehkan pengguna menggunakan dua aplikasi pada skrin pada masa yang sama.

Dari segi kuasa pemprosesan, ia menggunakan cip pemprosesan A9x yang menawrkan kuasa pemprosesan seumpama pada desktop. Sokongan grafik padanya turut telah dipertingkatkan untuk membolehkan pengguna menikmati permainan dengan mudah menggunakannya.

Apple turut mengatakan iPad Pro berkuasa lebih 80% berbanding sejumlah portable PC yang telah dipasarkan sebelum ini. Apple turut mengatakan pengguna boleh membuat penyuntingan video, selain menjalankan aplikasi AutoCAD tanpa masalah menggunakannya.

Apple iPad Pro

Apple iPad Pro

Apple iPad Pro

Apple iPad Pro

Apple iPad Pro

Apple iPad Pro

Apple iPad Pro menawarkan masa penggunaan bateri sehingga 10 jam, dan turut mengintegrasikan empat speaker – yang dioptimasikan untuk penawaran audio berdasarkan kepada penggunaan pengguna.

Apple iPad Pro ini membawakan ketebalan lebih kurang seperti iPad Mini, sementara dari segi berat, ia lebih kurang sama seperti iPad generasi pertama.

Melengkapkan pengenalan tablet ini juga adalah sebuah aksesori berupa papan kekunci fizikal, untuk membolehkan pengguna menggunakan input fizikal bersama-sama iPad Pro ini. Papan kekunci fizikal ini berhubung secara magnetik kepada iPad Pro, dan perisian mengoptimasikan penggunaan iPad Pro apabila papan kekunci ini dipasang.

Selain papan kekunci fizikal, satu lagi aksesori yang diperkenalkan adalah sebuah stylus yang dinamakan sebagai Apple Pencil. Menggunakannya, pengguna boleh membuat lukisan dan tulisan pada tablet berkenaan dengan mudah.

Apple iPad Pro

Apple iPad Pro

Apple iPad Pro

Apple iPad Pro

Apple iPad Pro



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Apple iPad Pro Diumumkan – Tablet Paling Berkuasa Daripada Apple, Berskrin 12.9-inci"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info