Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Star Wars Battlefront II Diumumkan

Star Wars Battlefront muncul tahun lalu dengan kualiti grafik yang amat tinggi. Buat pertama kalinya peminat siri filem ini dapat berperang di Endor, mengalahkan AT-AT di Hoth dan mengawal Darth Vader. Kesemuanya kelihatan seperti di ambil terus dari filem trilogi asal. Beberapa DLC yang dikeluarkan selepas ini membawa pemain ke Death Star dan Scarif dari filem Rogue One.

Pihak EA baru sahaja mengesahkan Star Wars Battelfront II sedang dalam pembikinan. Ia tidak akan hanya tertumpu kepada trilogi asal. Tiada maklumat lebih lanjut tentang kemanakah pemain akan dibawa kali ini. Trailer Battlefront II akan dipertontonkan buat pertama kali di acara Star Wars Celebration yang akan berlangsung 15 April hadapan. Kami berharap akan ada senario pemain boleh mengawal Darth Maul.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Star Wars Battlefront II Diumumkan"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info