Terdapat beberapa perkhidmatan perkongsian basikal yang telah memasuki pasaran tempatan tahun ini, termasuk antaranya adalah Mobike, oBike, dan juga Ofo. Ofo sebelum ini ditawarkan di Melaka sahaja, dan kini mereka turut memperluaskan penawaran di Putrajaya.
Kini, pengguna di Putrajaya turut boleh memuat-turun aplikasi Ofo, dan melanggan basikal untuk ke mana-mana lokasi berdekatan dengan mudah.
Menariknya adalah dimana untuk bulan ini, Ofo turut menawarkan perkhidmatan mereka secara percuma untuk pengguna di Melaka dan Putrajaya, sekaligus membolehkan anda mendapatkan idea awal bagaimana perkhidmatan ini berfungsi – disamping membolehkan anda mengamalkan gaya hidup sihat, selain mengurangkan pencemaran udara.
Layari : Ofo
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Perkhidmatan Perkongsian Basikal, Ofo – Kini Di Putrajaya"