Celcom hari ini secara rasminya telah mengumumkan penawaran sejumlah ganjaran menarik mereka untuk para pelanggan prabayar dan pascabayar Celcom sepanjang bulan Ramadhan ini.
Promosi pertama yang ditawarkan adalah Xpax Raya Freebies yang mana khusus untuk para pelanggan prabayar Xpax. Melalui promosi ini, pelanggan Xpax boleh pilih satu ganjaran percuma daripada tiga ganjaran yang disediakan – iaitu antara panggilan percuma tanpa had kepada 10 nombor pilihan, atau 10GB data lewat malam percuma, atau baucar Lazada bernilai RM10 secara percuma.
Ganjaran kedua yang disediakan oleh Celcom adalah penawaran kuota tambahan berganda untuk pembelian data lewat malam, Facebook, dan juga Video Walla. Sebagai contoh, sekiranya pengguna membeli data lewat malam harian 1GB bernilai RM1, untuk tempoh promosi ini, pelanggan akan menerima data 2GB pada harga yang sama.
Ganjaran ketika yang ditawarkan Celcom adalah penggunaan WhatsApp dan WeChat secara percuma untuk semua pelanggan prabayar dan juga pascabayar – termasuk untuk panggilan video melalui aplikasi ini.
Selain daripada tiga ganjaran ini, pengguna juga turut disediakan dengan beberapa penawaran lain, termasuk untuk EasyPhone dengan pilihan lebih banyak telefon pintar.
Bagi anda yang menggunakan talian prabayar atau pascabayar Celcom, anda boleh menyemak aplikasi berkenaan untuk menebus ganjaran percuma anda.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
12 Komentar untuk "Celcom Menawarkan Sejumlah Ganjaran Menarik Bersempena Bulan Ramadhan"
Xpax Raya Freebies ni promosi sempena ramadhan ke sebab aku tengok kat website sempena raya dan ramadhan. Try explain mana yg tahu tu pasal ni. Hajatnya nak tukar ke celcom xpax sebab nmpk mcm okay je.
Itu laa. Aku pun jadi confuse sebab 'bersempena bulan ramadhan', setahu aku promosi yg latest ni untuk both ramadhan and hari raya. Tak pe laa yg penting ada promosi. Bersyukur gitu.
Raya biasanya ada promosi. tapi kena tengok telco mana yg paling ok. kena fikir juga. sangup utk tukar ke??
Rasanya ok juga.. Tapi aku skrg guna postpaid telco lain tapi ada prepaid xpax.. Promosi in ada x?? Utk prepaid saja... I nk xtra data je...
Xpax raya promosi kali ni bagi 3 freebies je. Biasa-biasa je aku tengok, tak ada laa special sngt. Macam tahun2 lepas je. Lagipun semua telco pun buat promosi raya dan bulan puasa ni. Tunggu pilih je yg mana lagi bagus dan berkenan.
10 no je weekly yg unlimited calls tu tak berbaloi sngt laa kalau nak subscribe yg promotion raya xpax ni. Aku ni dah laa guna bnyk unlimited calls. Bagi laa at least 15 weekly baru laa okay sikit.
Rasanya Umobile data lagi murah kut, lagipun byk freebies... unlimited social, unlimited data utk youtube dan music onz
@@ 15weekly?? Byk tu... kalau top up RM100 ok juga la.. In prepaid... susah nk bagi semua unlimited juga.. kalau postpaid senang la sikit.
Cuba check kat website dia... mesti ada show. kalau x silap kena top up je... tapi kena pilih...
10 no tu dah kira banyak dah sebab kalau banyak2 pun nanti tak terguna jugak unlimited calls tu. Lagipun dia bagi weekly kan. Cun laa tu.
Aku rasa untuk both laa ni, ramadhan dgn raya sekali nanti. Haha. Mujur laa dada bagi freebies kan tapi telco lain pun ada buat promosi jugak. Kena survey2 dulu yg mana bagus.
Ye, mmg murah package dorg.
Tapi, still kena tgk coverage jugak.
Klo line tak bagus, bagi unlimited pun tak berguna.