Lenovo Moto G5 Plus dan G5 adalah dua peranti yang dilancarkan di MWC pada Februari lalu. Kedua-dua peranti adalah dari kelas pertengahan dan hari ini Moto G5 Plus akhirnya dilancarkan di Malaysia pada harga RM 1299 secara eksklusif di Lazada. Terdapat dua pilihan warna diberikan ialah kelabu dan emas.
Moto G5 Plus membawakan spesifikasi pertengahan, tetapi dilengkapi dengan binaan berasaskan kepada logam. Moto G5 Plus menggunakan skrin 5.2-inci dengan paparan HD penuh, dijana menggunakan cip Snapdragon 625, memori 4GB RAM dan storan 32 GB dengan sokongan kad MikroSD sehingga 128 GB. Peranti ini menggunakan kamera belakang 12-megapixel f/1.7, dan kamera hadapan 5-megapixel. Kamera utama mampu merakam video pada resolusi 4K.
Mereka yang melakukan pra-tempahan dari hari ini hingga 4 Jun di Lazada akan menerima pelan jaminan Moto Care selama 12 bulan dan Moto Flip Case berserta skrin pelindung yang kesemuanya bernilai RM 298. Pembelian selepas 5 Jun pula akan menerima sebuah Moto Flip Case percuma bernilai RM 99.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Lenovo Moto G5 Plus Dilancarkan di Malaysia – Berharga RM 1299"