ASUS bakal mengumumkan beberapa peranti-peranti dan perkakasan komputer terbaru di acara Computex yang akan bermula esok, tetapi nampaknya ada berita terbaru mengenai papan induk mereka yang dibina khusus untuk platform CPU HEDT mereka, Kaby Lake X dan Skylake-X.
Dinamakan ASUS ROG STRIX X299-E, papan induk ini dikatakan menggunakan soket LGA 2066 yang terbaru, dan hadir dengan lapan slot RAM DDR4 yang terbaru, dan menyokong jumlah memori sebanyak 128GB pada kelajuan 4000MHz.
Dari segi PCIe, ia hadir dengan tiga slot PCIe 3.0 x16, dua PCIe 3.0 x4 dan sebuah slot PCIe 3.0 x1 yang boleh digunakan untuk pelbagai jenis perkakasan yang menggunakan slot PCIe, seperti SSD ataupun kad audio.
Dari segi storan pula, papan induk baru ini mempunyai dua slot M.2 SATA, dan salah satu daripadanya mempunyai sokongan untuk teknologi NVMe. Dari segi penyejukan pula, ia hadir dengan beberapa teknologi penyejukan seperti sokongan untuk sistem penyejukan cecair khusus, untuk CPU dan juga heatsink untuk VRM dan PCH.
Bagi mereka yang mementingkan port I/O, papan induk ROG STRIX X299-E ini mempunyai sokongan untuk pembesar suara 7.1, port LAN oleh Intel, dua port USB 2.0, empat port USB 3.0 dan dua port USB 3.1 (Type-A dan Type-C). Bagi mereka yang ingin menyambung komputer mereka ka internet menggunakan WIFi, papan induk ini juga menyokong teknologi WiFi Mu-MIMO 2×2 yang lebih berkuasa.
Seperti kebanyakan papan induk dari siri Repulic of Gamers dan STRIX, ASUS ROG STRIX X299-E ini juga hadir dengan sokongan Aura Sync, yang membolehkan pengguna mengawal sistem penyalaan lampu RGB. Yang terbaru ialah palam RGB yang berada di atas papan induk tersebut, dan melalui palam ini, pengguna boleh mengawal penyalaan jalur lampu RGB menggunakan perisian Aura Sync tersebut.
Ini merupakan salah satu papan induk terbaru yang akan diperkenalkan oleh ASUS di acara Computex yang akan berlangsung esok, dan kami akan melaporkan lagi pengumuman-pengumuman yang akan dibuat oleh syarikat pembuat komputer tersebut sejurus selepas butiran-butiran mengenai peranti dan perkakasan tersebut hadir.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "ASUS ROG STRIX X299-E – Papan Induk Khusus Untuk CPU Intel Core X Terbaru"