Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), sebelum ini telah beberapa kali menekankan untuk penjual atas-talian untuk mendaftar perniagaan mereka. Terkini, mereka sekali lagi meminta semua peniaga atas-talian untuk mendaftar perniagaan mereka dengan SSM.
Perkara ini bukan sahaja untuk mereka yang memiliki laman khusus tersendiri, tetapi juga sekiranya menjual melalui platform seperti Lazada dan sebagainya. SSM mengatakan mereka akan mula menguatkuasakan bermula dengan peniaga yang terlibat di platform Lazada, dan seterusnya diperluaskan ke platform-platform lain.
SSM dijangka menjayakan perkara ini dengan kerjasama bersama syarikat e-dagang berkaitan.
Langkah ini dilakukan oleh SSM dalam usaha untuk mengelakkan para pengguna daripada tertipu, selain pada masa yang sama memberikan keyakikan kepada pembeli ketika melakukan transaksi atas-talian.
Selain daripada itu, SSM juga kini sedang menguji logo BizTrust dalam membolehkan peniaga menyertakan logo khusus pada web jualan yang membawa terus pengguna kepada info mengenai syarikat mereka.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Semua Penjual Atas-Talian Wajib Mendaftar SSM – Termasuk Penjual Melalui Laman Jual-Beli Seperti Lazada"