Motorola Moto G5 Plus yang dilancarkan pagi tadi ialah peranti pertama yang kembali menggunakan jenama Motorola dalam jangka masa yang lama. Selepas Motorola diambil alih oleh Lenovo pada tahun 2014, peranti Moto tidak lagi dijual menggunakan nama Motorola.
Menurut pihak Lenovo Malaysia, bermula hari ini kesemua peranti mudah alih Lenovo di Malaysia akan menggunakan semula jenama Motorola. Beberapa kedai yang menjual peranti mudah alih Lenovo juga akan menjalani penjenamaan semula untuk menggunakan nama Motorola yang lebih dikenali ramai. Tahun ini Nokia kembali dengan garang dan ini diikuti pula oleh Motorola. Jenama besar peranti mudah alih dekad 90an bangkit semula seperti phoenix dari abu.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Tiada Lagi Telefon Pintar Berjenama Lenovo Di Malaysia Selepas Ini"