Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Celcom Bakal Memperkenalkan Platform Pemberian Hadiah Dinamakan “OleOle”

Celcom hari ini telah berkongsi secara rasmi mengenai penawaran ganjaran Ramadhan untuk para pelanggan mereka. Bersama-sama dengannya, Celcom turut mengumumkan yang mana mereka bakal hadir dengan sebuah platform pemberian hadiah yang dinamakan sebagai OleOle.

Celcom OleOle

Celcom OleOle

Melalui OleOle, Celcom akan membolehkan para pengguna menghantar hadiah kepada yang lain – termasuk seperti belikan internet harian, dan beberapa pakej lain untuk pengguna Celcom yang lain. Pengguna hanya perlu melakukannya melalui aplikasi Celcom atau Xpax, memilih hadiah dan seterusnya menghantar kepada penerima.

Celcom OleOle

Celcom OleOle

Celcom OleOle

Buat fasa awal, ia akan tertakluk kepada produk-produk penawaran Celcom terlebih dahulu, sebelum ia diperluaskan kepada produk-produk lain. Antara yang dijangka adalah termasuk baucar belian di Lazada dan laman-laman lain. Celcom mengatakan mereka akan hanya menawarkan baucar sahaja untuk peringkat ini, dan tiada perancangan untuk menawarkan sebarang produk fizikal buat masa ini.

OleOle akan ditawarkan untuk pengguna Celcom dan Xpax melalui aplikasi rasmi bermula 19 Jun ini.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Celcom Bakal Memperkenalkan Platform Pemberian Hadiah Dinamakan “OleOle”"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info