Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Nokia Menghentikan Pembangunan Dan Penjualan Kamera Ozo

Nokia Ozo ialah kamera realiti maya dengan kemampuan merakam secara 360 darjah. Ketika dilancarkan pada tahun 2015, ia adalah kamera yang dihasilkan untuk tujuan realiti maya oleh pengguna profesional. Hari ini Nokia mengumumkan pembangunan dan penjualannya telah dihentikan. Ini adalah kerana perkembangan realiti maya dan jualannya adalah lebih perlahan dari dijangka.

Nokia kini akan menumpukan perhatian kepada pembangunan sektor kesihatan dan paten. Penghentian ini menyebabkan 310 kakitangan Nokia Technologies kehilangan kerja. Ini bersamaan dengan 35% jumlah kakitangan mereka. Sejak kebelakangan ini sambutan ke atas teknologi realiti maya sudah semakin berkurangan. Tumpuan sudah berpindah ke teknologi realiti gabungan seperti yang diperlihatkan oleh Apple ARkit dan Microsoft Mixed Reality. Pada waktu yang sama harga jualan Ozo yang amat mahal sekitar RM 253,000 sebuah turut menyebabkan sambutan kurang memuakan.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Nokia Menghentikan Pembangunan Dan Penjualan Kamera Ozo"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info