Xiaomi sedia menawarkan penawaran peranti dan aksesori pada harga berpatutan, namun jualan keseluruhan peranti masih bergantung melalui laman jualan atas talian seperti Lazada. Bagi memudahkan pengguna mendapatkannya secara offline, Xiaomi turut menyediakan kedai fizikal yang menempatkan peranti-peranti terbaru untuk dicuba.
Di Malaysia, kedai fizikal Xiaomi dibuka oleh pengedar Switch Concept Sdn. Bhd. iaitu pengedar yang terkenal dengan jualan peranti Apple melalui kedai Switch. Mereka sebelum ini telah membuka kedai Xiaomi di Queensbay Mall, Pulau Pinang yang juga merupakan kedai fizikal Xiaomi pertama di Malaysia. Kini, mereka telah memperluaskan penawaran ini ke Lembah Klang dengan membuka kedai fizikal Xiaomi kedua di KLCC.
Kedai fizikal Xiaomi ini secara kasarnya menyerupai kedai fizikal Xiaomi di China, dengan menyediakan beberapa peranti dan aksesori menarik untuk jualan. Berikut merupakan senarai peranti yang disediakan di kedai Xiaomi di KLCC ini.
Telefon pintar
Xiaomi Redmi 5A – RM549
Xiaomi Redmi 4X – RM649 (32GB)
Xiaomi Redmi Note 4 – RM799 (32GB), RM949 (64GB)
Xiaomi Mi A1 – RM1,099
Xiaomi Mi Max 2 – RM1,199
Xiaomi Mi 6 – RM1,899 (64GB)
Kedai ini turut membawa sejumlah aksesori seperti earphone, pembesar suara, alat kesihatan pintar yang mana ditawarkan pada harga yang hampir setara seperti kedai Xiaomi di China. Apa yang menarik lagi, kedai ini juga menjual aksesori seperti beg dan bagasi yang mana dijual pada harga bermula RM79.
Aksesori
Mi In-Ear Headphones Basic – RM39
Mi In-Ear Headphones Pro HD – RM139
Mi Headphones Comfort – RM199
Mi Box – RM349
Mi Bluetooth Speaker – RM179
Mi Body Composition Scale – RM149
Mi Smart Scale – RM129
Mi Band 2 – RM129
Xiaomi Amazfit – RM629
10000mAh Mi Power Bank Pro – RM149
10000mAh Mi Powerbank 2 – RM89
Multi-Functional Urban Leisure Chest Bag – RM79
Classic Business Shoulder Bag – RM129
Minimalist City Shoulder Bag – RM159
90 Point Luggage 20″ – RM289
Beberapa produk seperti Mi Notebook, Mi Smart Rice Cooker, Mi Air Purifier, Mi Router, dan skuter masih belum sedia dijual di Malaysia buat masa ini, namun pihak pengedar Xiaomi ini sedang berusaha untuk menawarkannya seawal hujung tahun ini. Kesemua produk Xiaomi ini perlu mendapatkan pengesahan pihak berkuasa seperti persijilan SIRIM yang mana mungkin mengambil sedikit masa sebelum ia dapat dijual di sini.
Jadi bagi anda yang berminat untuk mendapatkan peranti dan aksesori Xiaomi, anda boleh berkunjung ke kedai Xiaomi di KLCC ini yang berada di aras 3, Suria KLCC. Anda boleh menguji sejumlah produk Xioami di sini seperti mencuba telefon terbaru Xiaomi sebelum membuat pembelian peranti.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Kedai Xiaomi Di KLCC Kini Dibuka – Ini Ialah Senarai Harga & Peranti Yang Dijual"