Sembang Maniac

Sembang-sembang je

MSI Memperkenalkan Monitor Dengan Paparan Melengkung 32 Inci – MSI Optix AG32C

MSI sebuah jenama yang cukup terkenal dengan komponen-komponen PC dan laptop-laptopnya, dan kini, setelah mengembangkan portfolio mereka dengan alat kawalan permainan mereka, MSI juga bakal hadir dengan sebuah monitor gaming yang baru dengan MSI Optix AG32C, sebuah monitor yang hadir dengan paparan melengkung.

Monitor MSI Optix AG32C ini hadir dengan paparan bersaiz 31.5 inci dengan resolusi Full HD (1920×1080 pixel) dan mempunyai lengkungan 1800R yang sering digunakan oleh pembuat TV dan monitor yang lain kerana lengkungannya yang cukup sesuai untuk penglihatan mata manusia.

Paparan ini menggunakan panel VA (Vertical Alignment) yang hadir dengan kadar segar-semula 165Hz, masa tindak-balas 1ms dan juga mampu menunjukkan 85 peratus warna NTSC dan 110 peratus warna sRGB.

Dalam pada itu, monitor Optix AG32C ini juga mempunyai sudut pandangan yang cukup luas pada 178 darjah, dan menyokong teknologi paparan AMD FreeSync yang mengurangkan gagapan grafik apabila dipadankan dengan sebuah komputer yang menggunakan kad grafik AMD Radeon.

Dari segi port pula, monitor Optix AG32C ini hadir dengan sokongan untuk HDMI 2.0, DisplayPort 1.2 dan juga Dual-Link DVI. Buat masa ini, tarikh pelancaran dan tanda harga untuk monitor ini masih belum lagi diumumkan.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "MSI Memperkenalkan Monitor Dengan Paparan Melengkung 32 Inci – MSI Optix AG32C"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info