Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Ini Adalah Harga iPhone 8 Dan iPhone 8 Plus Di Malaysia

Hari ini, pelbagai syarikat telekomunikasi telah memulakan pra-tempahan untuk telefon pintar terbaru daripada Apple, iaitu iPhone 8 dan juga iPhone 8 Plus.

Kedua-dua iPhone ini hadir dengan sokongan pengecasan tanpa wayar, menawarkan sokongan kalis air, menggunakan cip pemprosesan berkuasa A11 Bionic, serta kamera yang menerima skor tinggi daripada DxO.

Apple iPhone 8

Di Malaysia, iPhone 8 dan iPhone 8 Plus akan ditawarkan dalam dua pilihan storan – iaitu 32GB dan juga 256GB.

Berikut adalah harga jualan iPhone 8 dan iPhone 8 Plus di Malaysia yang ditawarkan oleh pengedar:
iPhone 8 64GB – RM3649
iPhone 8 256GB – RM4399
iPhone 8 Plus 64GB – RM4149
iPhone 8 Plus 256GB – RM4899

Walaubagaimanapun, syarikat telekomunikasi pula memaparkan harga jualan untuk iPhone 8 dan iPhone 8 Plus dengan kurang RM50 daripada harga yang disenaraikan oleh pengedar rasmi Apple di Malaysia. Sebagai contoh, iPhone 8 disenaraikan pada harga bermula RM3599, dan iPhone 8 Plus disenaraikan pada harga bermula RM4099. Namun, seperti biasa, ia ditawarkan bersama pakej prabayar atau pascabayar.

Pra-tempahan boleh dilakukan pada pengedar Apple dan juga syarikat telekomunikasi bermula hari ini. Apple iPhone 8 dan iPhone 8 Plus akan dijual secara rasmi bermula 20 Oktober 2017 di Malaysia.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
7 Komentar untuk "Ini Adalah Harga iPhone 8 Dan iPhone 8 Plus Di Malaysia"

skrg ni kalau tak mampu nk beli seketul tu bli utang pon bole..tgok semua telco ada buat,tapi untung diorg la,hrga lg mhal kot dri store.gji byk mmpu la byar bulan riban2 pon.aku ni pkai prepaid je,tu pon dah letih

This comment has been removed by the author. - Hapus

Eh eh. Telco plan yg dorang amik tu. Bukannya byar nk dptkan phone je. Korang boleh dpt data internet plan and mcm2 lagi. Bnyk telco plan yg offer benda tu. Byar bulan2 tu pun untuk yg tak mmpu nk beli phone tu segedebuk. Klau aku pun tak mampu. Mahal kot. Hahaha. So plan telco ni better lah. :D

setuju dgn u,kalau tak mampu jgn la beli kn.mmber2 i smpai sggup nk utang byar bulan2,buat abis duit je mcm tuh.harga pon dah sebulan gaji.

zurin abdul kalau hutang tu mksdnya mcm mn?mcm beli dgn seng heng mcm tu ke?setaw sy kalau beli tmpt henpon tak bole hutang2 kn.haishhh bila la nk bole pakai ipong ni.

@Lovelytech lor kenapa u mcm nak stress je beli hp baru ...senang klaw nak ambik ...ambik lar kt telco je ..kan skarang byk telco dah start buat installement payment mcm tu dh so senang je lar..klaw tak silap i skrg kt xpax tu ada buat easyphone utk iphone 8 ..cuba tgk kt pg dwng je ...tgk ko u punya budget dgn dwng k tu ok lar ble ambik..apa susah sgt ni ...

ada yg ckp seng heng tu interest mhal pastu leceh skit.btol izwan apa ko gtau,skrg prepaid plan pun dah buat byar bulanan.semua org mampu pkai ip8 dah skrg.skrg pnya syrat pon dah tak pyh guna kedit kad.lg senang

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info