Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Cakera Keras 12TB Seagate Barracuda Pro, IronWolf Dan IronWolf Pro Bakal Hadir Di Pasaran Malaysia – Bermula Pada Harga RM2199

Beberapa hari lalu, kami telah melaporkan bahawa Seagate hadir dengan beberapa model cakera keras dengan saiz storan sebesar 12TB, iaitu Seagate Barracuda Pro, Seagate IronWolf dan Seagate IronWolf Pro.

Tanda harga dalam matawang USD telahpun diberikan ($529 (~RM2239), $469 (~RM1985), $539 (~RM2279)), tetapi nampaknya harga untuk pasaran Malaysia telahpun dibongkari oleh rakan-rakan kami di Lowyat.NET. Pihak Seagate Malaysia nampaknya telahpun memberitahu tanda harga untuk cakera-cakera keras ini untuk pasaran tempatan:

  • Seagate Barracuda Pro – RM2499
  • Seagate IronWolf – RM2199
  • Seagate IronWolf Pro – RM2599

Menurut laporan Lowyat.NET lagi, ketiga-tiga cakera keras ini akan hadir di pasaran Malaysia pada penghujung bulan Oktober ataupun bulan November kelak.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Cakera Keras 12TB Seagate Barracuda Pro, IronWolf Dan IronWolf Pro Bakal Hadir Di Pasaran Malaysia – Bermula Pada Harga RM2199"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info