Sembang Maniac

Sembang-sembang je

ookyo – Perkhidmatan Prabayar Baru Daripada Maxis Untuk Generasi Digital

Maxis sedia menawarkan perkhidmatan prabayar yang dinamakan Hotlink. Kini, selain daripada Hotlink, Maxis juga dilihat menawarkan satu lagi perkhidmatan prabayar baru yang dinamakan sebagai ookyo.

ookyo

ookyo dilihat memfokuskan kepada generasi digital, dimana laman web utamanya sendiri menggunakan pelbagai meme dalam penerangan. Hanya satu pelan disediakan, dimana pengguna boleh melanggannya pada harga RM30 sebulan – dan memilih Social Pack atau Entertainment Pack.

Untuk Social Pack, ookyo menawarkan akses internet tanpa had untuk Facebook Messenger, WeChat, Instagram, Kakao Talk, LINE, Pinterest, WhatsApp, Twitter, Snapchat dan juga Facebook.

Untuk Entertainment Pack pula ia menawarkan akses tanpa had untuk Spotify, WeChat, Smule, LINE, JOOX, Facebook Messenger, 9GAG, WhatsApp, dan Shazam.

Ookyo turut menawarkan data tambahan sebanyak 3GB untuk pelbagai kegunaan lain – selain membolehkan anda menambah akses internet untuk sesuatu aplikasi secara tanpa had pada harga RM3 sebulan.

Ookyo turut dilihat menawarkan nilai tambahan untuk pengguna Android, dimana setiap tambah-nilai akan memberikan sedikit kredit (10% nilai dibelanjakan) untuk Google Play Store.

Apa pun, untuk makluman, berbeza dengan Hotlink yang perlukan anda untuk membeli tambah-nilai, untuk ookyo, ia berfungsi secara automatik. Ketika mendaftar ookyo, anda akan diminta untuk memasukkan kad debit atau kredit, dan setiap 30 hari, kad anda akan dicaj.

Buat masa ini, penghantaran kad SIM ookyo hanya ditawarkan ke Malaysia Barat sahaja, tetapi ia boleh digunakan di seluruh negara memandangkan menggunakan rangkaian Maxis 4G.

Pada masa yang sama, penawaran internet tanpa had untuk beberapa aplikasi berkenaan juga adalah sedikit berbeza berbanding kebiasaan. Pengguna akan diperlukan untuk memasang aplikasi Ookyo pada peranti mudah-alih mereka, dan mengaktifkan VPN daripada aplikasi berkenaan untuk menggunakan akses tanpa had ke beberapa aplikasi berkenaan. Sekiranya ia tidak diaktifkan, maka penggunaan akan tertakluk kepada 3GB daripada apa yang ditawarkan dan bukannya akses tanpa had kepada beberapa aplikasi terpilih berkenaan.

Bagi anda yang berminat, boleh menyemak lanjut mengenai penawaran ookyo ini daripada laman rasmi mereka hari ini.

Layari : Ookyo



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "ookyo – Perkhidmatan Prabayar Baru Daripada Maxis Untuk Generasi Digital"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info