Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Opera Memperkenalkan Opera PC Apps Hub – Laman Setempat Untuk Koleksi Perisian Untuk Komputer Anda

Opera hari ini telah melancarkan sebuah bahagian khusus pada laman web mereka, dinamakan sebagai Opera PC Apps Hubs. Melaluinya, Opera ingin memudahkan para pengguna PC untuk memuat-turun pelbagai perisian yang berguna untuk komputer mereka dengan mudah.

Opera mengatakan dari hari ke hari, pengguna dilihat menghadapi kesukaran untuk mendapatkan laman muat-turun yang tepat – dan sering dibawa ke laman-laman dengan penyertaan malware dan sebagainya, selain ditutup dengan pelbagai iklan yang menganggu.

Opera PC Apps Hubs

Melalui Opera PC Apps Hubs, pengguna boleh memuat-turun pelbagai perisian percuma untuk komputer mereka dengan mudah tanpa melalui gangguan iklan, serta risau akan mengenai perisian hasad.

Semua perisian yang ditawarkan di pautkan terus ke laman web asal pembangun. Antara perisian yang disenaraikan adalah termasuk WinRAR, Skype, K-Lite Codec Pack, BitTorrent, 7-Zip, dan sebagainya.

Laman ini mungkin sangat sesuai untuk anda yang baru sahaja membeli komputer baru, dan ingin memuat-turun pelbagai perisian berguna untuk komputer anda.

Layari : Opera PC Apps Hubs



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Opera Memperkenalkan Opera PC Apps Hub – Laman Setempat Untuk Koleksi Perisian Untuk Komputer Anda"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info