Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Aplikasi Tinycards Ingin Memudahkan Anda Mengingati Pelbagai Topik Dengan Pantas

Duolingo merupakan salah satu perkhidmatan yang membolehkan anda mempelajari bahasa baru melaluinya. Kini, pembangunnya turut hadir dengan sebuah aplikasi baru untuk pengguna iPhone, dinamakan sebagai Tinycards.

Tinycards membawakan rekaan menggunakan flashcards yang memudahkan pengguna mengikuti sesuatu pembelajaran, dan mengingatinya dengan lebih pantas. Tinycards tidak terhad kepada pembelajaran bahasa baru sahaja, tetapi meliputi pelbagai topik-topik yang lain. Pengguna boleh memilih sesuatu topik, dan Tinycards akan memaparkan kad-kad secara berperingkat dalam memudahkan anda menghafal dan mengingati sesuatu topik tersebut dengan pantas.

TinyCards iPhone

Disamping mengikuti pembelajaran yang ditawarkan, pengguna juga boleh membuat koleksi topik mereka untuk dikongsikan dengan pengguna yang lain.

Bagi anda yang menggunakan peranti iPhone, anda boleh memuat-turun aplikasi Tinycards ini secara percuma hari ini, dan mula mempelajari pelbagai perkara menarik melaluinya.

Muat-Turun TinyCards untuk iPhone



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Aplikasi Tinycards Ingin Memudahkan Anda Mengingati Pelbagai Topik Dengan Pantas"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info