Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Scanda.A – Telefon Pintar Dengan Projektor Terbina Dilancarkan Pada Harga RM2488

Telefon pintar yang berada di pasaran pada masa kini kesemuanya mempunyai ciri-ciri atau keistimewaan mereka tersendiri. Antara ciri-ciri atau keistimewaan popular sekarang ialah telefon pintar dengan kamera dua lensa, skrin dengan nisbah 18:9, kalis air atau juga mempunyai kadar pengecasan yang laju. Scanda.A pula sebuah telefon pintar yang lain daripada yang lain. Ia telah diperkenalkan hari ini dan melalui telefon pintar Scanda.A ini, ia memfokuskan kepada integrasi projektor secara terbina padanya.

Dari segi spesifikasi, Scanda.A hadir dengan skrin bersaiz 5.5-inci TLPS 2.5D, cip pemprosessan MTK6753 dan memori 3GB RAM. Storan dalaman yang ditawarkan adalah 64GB dan ditawarkan dalam empat variasi warna iaitu Merah, Biru, Perak dan Hitam. Kamera hadapan Scanda.A ialah 8-Megapixel dan kamera belakangnya adalah 13-Megapixel dengan sensor daripada Sony.

Scanda.A juga menggunakan port pengecasan Type-C dengan sokongan pengecasan laju untuk mengecas bateri sebesar 4500mAh. Scanda.A mengatakan ianya mampu bertahan untuk penggunaan sepanjang hari. Sekiranya projektor digunakan bersama, maka bateri pada peranti berkenaan dikatakan mampu bertahan selama 6 jam lamanya.

Projektor pada Scanda.A menggunakan teknologi “Micro Projection Intelligent Mobile Terminal” dan mampu memancarkan imej pada resolusi definisi tinggi. Sistem projektor Scanda.A mempunyai cahaya 80 Lumens dan menggunakan German OSRAM LED, serta mempunyai jangka hayat 20000 jam penggunaan.

Scand.A akan dijual di Malaysia pada harga RM2488 tidak lama lagi, dan bagi anda yang berminat boleh menyemak laman pra-tempahan untuknya.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Scanda.A – Telefon Pintar Dengan Projektor Terbina Dilancarkan Pada Harga RM2488"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info