Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Xiaomi Malaysia Hadir Dengan Dua Imej Teaser – Adakah Untuk Mi 6?

Dua imej teaser telah dikongsi oleh pihak Xiaomi Malaysia menerusi laman Facebook mereka. Kedua-dua teaser ialah petunjuk paling jelas bahawa Xiaomi Mi 6 bakal dilancarkan di Malaysia dalam masa terdekat. Imej pertama ialah lensa kamera berkembar dengan menara berkembar Petronas.

 Imej kedua pula menunjukkan pemproses Sanpdragon 835 dengan angka tiga tidak disertakan. Xiaomi Mi 6 dilancarkan pada April lalu dan dilengkapi skrin 5.15″ IPS LCD HD penuh, pemproses Snapdragon 845. memori sebesar 6 GB dan storan 64/128 GB. Sistem kamera berkembar 12+12 Megapixel dipadankan dengan kamera hadapan 8-Megapixel. Sebuah bateri sebesar 3350 mAh digunakan bagi membekalkan kuasa kepada peranti.

Peranti ini mempunyai badan diperbuat daripada kaca dan mengikut trend semasa tidak menyertakan bicu audio 3.5mm. Di China peranti ini dijual pada harga sekitar RM 1600. Pada pendapat anda apakah harga jualannya di Malaysia kelak?

Baca ulasan penuh peranti Xiaomi Mi 6



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Xiaomi Malaysia Hadir Dengan Dua Imej Teaser – Adakah Untuk Mi 6?"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info