UKM (Universiti Kebangsaan Malaysia) sedia mempunyai pelbagai kajian yang dilakukan secara dalaman. Terkini, mereka telah membangunkan sebuah aplikasi tempahan makanan yang mengkhususkan kepada restoran mamak, dinamakan sebagai Smart Mamak.
Melalui aplikasi berkenaan, pengguna boleh membuat tempahan makanan untuk makan dalam restoran, atau untuk dibawa pulang. Sekiranya untuk makanan dalam restoran, maka pengguna akan diperlukan mengimbas kod khusus pada meja bagi memudahkan makanan dihantar selepas ia disiap.
Pengguna juga turut boleh menyemak pelbagai harga makanan dalam membuat tempahan menggunakannya – dan membuat pembayaran menggunakan aplikasi berkenaan terus.
Aplikasi ini secara tidak langsung memudahkan proses menempah makanan, serta selangkah kearah perbelanjaan digital melaluinya.
Apa pun, buat masa ini, projek ini sekadar kajian sahaja, dan tidak diketahui lagi akan dikomersialkan atau sebaliknya. Bagi anda yang berminat untuk mencubanya, boleh memuat-turun aplikasi versi demo ini daripada Google Play Store.
Muat-Turun Smart Mamak Demo untuk Android
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "UKM Memperlihatkan Konsep Aplikasi Tempahan Makanan Di Restoran Mamak – Smart Mamak"