Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Netflix Mula Menambah Filem Berbahasa Malaysia

Netflix agak aktif menambah kandungan filem dan rancangan televisyen dari Asia sejak beberapa bulan lepas. Terkini, untuk bulan Ogos akan datang, bersempena dengan Merdeka, dua filem berbahasa Malaysia turut akan ditambah ke platform berkenaan, iaitu KL Zombi dan juga Rembat.

Kedua-dua filem ini akan ditawarkan melalui Netflix bermula 21 Ogos 2017 ini.

Selain daripada kedua-dua filem ini, sejumlah filem lain turut akan hadir pada bulan Ogos, termasuk seperti Death Note, Marvel’s The Defenders, dan sebagainya.

Netflix telah ditawarkan di Malaysia sejak tahun lepas, dimana ia bersaing dengan iFlix. Dengan penambahan kandungan berbahasa Malaysia ini, kita akan terus melihat persaingan sihat antara kedua-dua penyedia perkhidmatan ini, sekaligus menguntungkan para pengguna seluruh dunia.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Netflix Mula Menambah Filem Berbahasa Malaysia"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info