Misteri pelancaran produk terkini Xiaomi di Malaysia terjawab selepas beberapa jam kami melaporkannya pagi tadi. Xiaomi Mi 6 akan dilancarkan bersama Mi Max 2 di Malaysia. Pra-pesan akan dibuka bermula 31 Julai ini menerusi laman kedai atas talian Xiaomi di Lazada dan bilik pameran Xiaomi Premium Reseller di Queenbay Mall.
Xiaomi Mi 6 dilengkapi skrin 5.15″ IPS LCD HD penuh, pemproses Snapdragon 835. memori sebesar 6 GB dan storan 64/128 GB. Sistem kamera berkembar 12+12 Megapixel dipadankan dengan kamera hadapan 8-Megapixel. Sebuah bateri sebesar 3350 mAh digunakan bagi membekalkan kuasa kepada peranti.
Xiaomi Mi Max 2 pula dilengkapi skrin 6.44″ dengan resolusi 1080P, diperkasakan oleh pemproses Snapdragon 625, memori 4 GB RAM dan storan 64 GB. Kemampuan kamera pula ialah 12-Megapixel pada bahagian belakang dan 5-Megapixel pada bahagian hadapan.Bateri gergasi sebesar 5300 mAh disertakan dengan sokongan pengecasan pantas QuickCharge 3.0.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Xiaomi Mi 6 Dan Mi Max 2 Akan Dilancarkan Di Malaysia – Pra-Pesan Dibuka 31 Julai"