Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Call Of Duty : Modern Warfare Remastered Kini Boleh Dimuat Turun Pengguna PC Dan Xbox One

Permainan video Call of Duty : Modern Warfare Remastered kini boleh dimuat turun oleh pengguna PC dan Xbox One. Sebelum ini ia hanya ditawarkan kepada pengguna PlayStation 4. Ia adalah permainan yang sama seperti yang ditawarkan kepada pembeli COD : Infinite Warfare sebelum ini.

Versi PC menerima banyak komen negatif dari pembeli di Steam setakat ini. Ramai melaporkan ianya kurang lancar dan tidak dioptimasikan dengan baik. Pada waktu yang sama tidak ramai pemain MP di atas talian. Ramai juga merungut dengan harga jualannya yang mencecah RM 169. Pengguna boleh membeli permainan ini dengan Infinite Warfare pada harga RM 233.40.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Call Of Duty : Modern Warfare Remastered Kini Boleh Dimuat Turun Pengguna PC Dan Xbox One"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info