Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Samsung Galaxy Note 7 Mungkin Dijual Semula Seawal Penghujung Bulan Ini

Masalah yang melanda Samsung Galaxy Note 7 menjadi bualan pengguna tahun lalu. Ia mengakibatkan peranti ditarik semula dari pasaran atas langkah keselamatan. Bagi yang masih mendambakan phablet ini, Samsung telahpun mengesahkan akan menjualnya semua di beberapa pasaran terpilih.

Laporan dari Korea Selatan kini menjangkakan Note 7 akan kembali ke pasaran pada penghujung bulan ini atau awal bulan Jun. Ini adalah kerana phablet dengan stylus ini sedang menjalani ujian di badan pensijilan Korea Selatan dan Amerika Syarikat. Ini menandakan tarikh jualan sudah hampir dekat.

Galaxy Note 7 yang bakal dijual semula ini akan membawakan beberapa perubahan kecil pada spesifikasi. Kapasiti bateri dikurangkan ke 3200 mAh dan menggunakan Android Nougat.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Samsung Galaxy Note 7 Mungkin Dijual Semula Seawal Penghujung Bulan Ini"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info