Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Apple Melancarkan Laman Tutorial Khas Menggunakan Kamera iPhone 7

Apple pernah berbangga bahawa iPhone tidak memerlukan manual untuk digunakan kerana antaramukanya yang mudah difahami. Malahan terdapat kajian yang menunjukkan seorang kanak-kanak berumur dua tahun boleh belajar menggunakan iPhone dengan pantas. Tetapi fungsi kamera pada iPhone adalah lebih kompleks dari biasa dan ramai pengguna tidak tahu menggunakannya dengan baik.

Oleh itu Apple telah melancarkan laman tutorial khas untuk menggunakan kesemua fungsi kamera iPhone. Di laman ini terdapat enam belas tutorial yang merangkumi teknik asas seperti komposisi gambar dan juga teknik baru menggunakan mod potret. Video-video tutorial dari laman ini juga boleh ditonton menerusi laman YouTube rasmi Apple.

Layari laman tutorial How To Shoot On iPhone 7



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Apple Melancarkan Laman Tutorial Khas Menggunakan Kamera iPhone 7"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info