Sembang Maniac

Sembang-sembang je

ANiUTa – Perkhidmatan Penstriman Muzik Untuk Peminat Anime

Pada hari ini, terdapat beberapa perkhidmatan penstriman muzik – termasuk yang popular adalah Spotify. Terkini, menambah satu lagi dibawah perkhidmatan sama adalah ANiUTa, tetapi dengan fokus terhadap peminat anime.

Seperti ramai sedia maklum, anime dan muzik yang dibawakan olehnya adalah sangat popular serta mempunyai peminatnya tersendiri. Spotify sendiri mempunyai penawaran terhad untuk lagu-lagu anime.

Melalui ANiUTa, ia melihat kepada kolaborasi bersama pelbagai syarikat penerbitan lagu di Jepun – terutamanya Anime. Melalui aplikasi dan perkhidmatan yang disediakan, ia membolehkan pengguna mendengar lagu anime melaluinya dan turut mendapatkan akses awal untuk lagu anime-anime baru. Selain daripada itu, ia juga akan menawarkan kandungan dan kebolehan membeli tiket konsert melalui aplikasi berkenaan.

Walaubagaimanapun, buat masa ini, perkhidmatan ANiUTa ini hanya terhad untuk pasaran Jepun sahaja. Perkhidmatan penstriman ini dijangka akan diperkenalkan pada peringkat global sekitar dalam tempoh setahun lagi.

Layari : ANiUTa



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "ANiUTa – Perkhidmatan Penstriman Muzik Untuk Peminat Anime"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info