Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Persidangan Sekuriti Durian Kembali Untuk 2017 – Akan Berlangsung Pada 8 April

Persidangan Sekuriti Durian sebelum ini telah diadakan pada 2015 lepas, dan kini nampaknya ia kembali semula untuk tahun 2017. Melalui persidangan sehari ini, ia memfokuskan kepada membolehkan para penyelidik dan pengamal IT untuk berkongsi hasil penyelidikan mereka bersama-sama ahli lain.

Pada masa yang sama juga, ia turut membolehkan pengamal sekuriti IT membina jaringan rangkaian mereka, selain pada masa yang sama membolehkan para peserta menyedari kepentingan dan keselamatan siber pada era teknologi maklumat kini.

Untuk tahun ini, ia bakal berlangsung di FIST, UKM pada 8 April 2017. Pelbagai topik akan diliputi termasuk berkaitan malware, IoT, malah termasuk berkaitan peranti perubatan.

Bagi anda yang berminat, boleh mendaftarkan diri untuk menyertainya pada hari ini.

Layari : Durian Security Conference



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Persidangan Sekuriti Durian Kembali Untuk 2017 – Akan Berlangsung Pada 8 April"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info