Sembang Maniac

Sembang-sembang je

iOS 10.3 Beta Membawakan Fungsi Mencari AirPods Yang Hilang

Fon telinga tanpa wayar AirPods mendapat sambutan yang hangat dari peminat tegar Apple walaupun mengalami masalah kelewatan. Seperkara lagi kerana ia tanpa wayar, kebarangkalian ia hilang adalah lebih tinggi berbanding fon telinga berwayar. Kepada pemilik yang tidak mahu ini berlaku, Apple akan menyertakan fungsi mengesan kedudukan AirPods dengan iOS 10.3.

Ini adalah keran fungsi Find My AirPods ditemui di dalam iOS 10.3 Beta. Dengan fungsi ini AirPods boleh dikesan selagi ia di dalam lingkungan tambatan Bluetooth peranti pemilik. Sebelum ini aplikasi Finder For AirPods telah dihasilkan oleh pihak ketiga untuk melakukan perkara yang sama. Walaubagaimanapun ia kemudian dibuang oleh Apple tanpa sebarang sebab. Kini kita mengetahui sebabnya kerana Apple akan menyertakan fungsi ini secara terbina di dalam iOS.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "iOS 10.3 Beta Membawakan Fungsi Mencari AirPods Yang Hilang"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info