Sembang Maniac

Sembang-sembang je

PetBacker Membolehkan Anda Mencari Penjaga Sementara Untuk Haiwan Peliharaan Anda

Adakalanya anda ingin pergi bercuti atau mempunyai beberapa tugasan yang memerlukan anda mencari penjaga sementara untuk haiwan peliharaan seperti kucing. Proses mencarinya boleh dikatakan sedikit sukar, dan kini untuk memudahkannya, salah satu laman yang hadir adalah PetBacker.

PetBacker

Melalui PetBacker ini, pengguna boleh mencari pencinta haiwan lain yang boleh menjaga haiwan peliharaan anda untuk sementara, sama ada ketika anda mempunyai tugasan luar, pergi bercuti dan sebagainya. Malah, ia juga menyediakan fungsi khusus untuk mereka yang memelihara anjing boleh memilih petugas untuk membawa ia berjalan-jalan.

PetBacker yang dibangunkan oleh pembangun tempatan ini, kini turut beroperasi di beberapa negara lain, termasuk Amerika Syarikat, UK, Kanada, Australia dan juga Singapura.

Bagi anda yang berminat, boleh layari PetBacker dan menyemak sendiri laman berkenaan untuk mencari penjaga sementara untuk haiwan peliharaan anda.

Layari : PetBacker



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "PetBacker Membolehkan Anda Mencari Penjaga Sementara Untuk Haiwan Peliharaan Anda"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info