Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Mac Dilaporkan Tidak Lagi Dipandang Sebagai Produk Utama Di Apple

Tanggal 1 April 1976 ialah hari yang bersejarah di dalam dunia perkomputeran. Steve Jobs dan Steve Wozniak menubuhkan Apple Computer Company yang memulakan operasi di dalam sebuah garaj kereta di Los Altos. Apple bertanggungjawab membawakan pelbagai inovasi di dalam dunia komputer peribadi. Sistem antaramuka grafik, rekaan berwarna ceria dan penggunaan tetikus untuk mengawal komputer ialah antara sumbangan terbesar mereka.

Empat puluh tahun berlalu dan kini timbul laporan komputer Mac tidak lagi dipandang sebagai produk utama oleh Apple. Menurut artikel Bloomberg, Mac kini tidak diberikan kepentingan seperti dahulu kerana peratusan tinggi keuntungan Apple datang dari iPhone. Lebih 60% keuntungan disumbangkan oleh peranti pintar ini berbanding 11% dari komputer Mac.

Pasukan Mac tidak lagi menemui pasukan rekaan Jony Ive dengan kerap bagi memberikan rekaan baru komputer. Pada waktu yang sama terdapat ahli pasukan rekaan Mac meninggalkan syarikat kerana tidak mengetahui hala tuju syarikat. Ini dikatakan adalah sebab mengapa produk Mac lambat dikemas kini. Sebagai contoh Mac Pro, komputer Mac paling premium keluaran Apple sudah bertahun tidak dikemas kini. Masalah bateri pada MacBook Pro 2016 baru-baru ini juga berlaku kerana penggunaan bateri lama yang tidak dikemas kini seperti yang dikehendaki jurutera rekaan pasukan Mac.

Kemas kini kepada beberapa produk desktop Mac dijangka hadir tahun hadapan selepas memo Tim Cook kepada kakitangan tertiris. Antara pembaharuan yang dijangka hadir ialah papan kekunci iMac dengan Touch Bar, sokongan USB-C dan kad grafik terkini AMD. Adakah anda merasakan Mac kini dianaktirikan Apple?



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Mac Dilaporkan Tidak Lagi Dipandang Sebagai Produk Utama Di Apple"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info