Huawei Malaysia sedia menawarkan Huawei Mate 9 sejak bulan lepas, selain telah mengumumkan peranti Porsche Design Mate 9 sebagai penawaran terhad. Hari ini, mereka turut berkongsi mengenai Huawei Mate 9 Pro, dan ia akan mula dijual secara rasminya di Malaysia bermula esok pada harga RM3399.
Huawei Mate 9 Pro membawakan rekaan yang lebih menarik jikalau dibandingkan dengan Mate 9 biasa. Disamping itu, ia menawarkan rekaan tepi yang sedikit melengkung, selain saiz skrinnya adalah 5.5-inci, dan membawa perubahan dari segi kedudukan pengimbas cap jari – dimana ia kini diletakkan di hadapan.
Huawei Mate 9 Pro ini turut dijana menggunakan cip Kirin 960, memori 6GB RAM, serta menyertakan ruangan storan 128GB tanpa sokongan mikro-SD.
Untuk rakaman gambar, ia menggunakan kamera belakang gabungan 20-megapixel monokrom, dan 12-megapixel RGB. Mate 9 Pro turut menggunakan penjenamaan Leica untuk kamera belakang.
Di Malaysia, ia akan dijual pada harga RM3399 dan boleh didapati daripada pengedar rasmi Huawei seluruh negara bermula esok – 22 Disember 2016.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Huawei Mate 9 Pro Mula Dijual Di Malaysia Esok – Berharga RM3399"