Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Apple Menyertai Badan Disebalik Qi – Menguatkan Lagi Ura-Ura iPhone Dengan Sokongan Pengecasan Tanpa Wayar

Apple telah diperkatakan sebelum ini yang mana mereka akan hadir dengan iPhone yang menggunakan sokongan pengecasan tanpa wayar. Desas-desus akhir-akhir ini mengatakan Apple mungkin hadir dengan iPhone seumpamanya seawal tahun ini.

Menguatkan lagi desas-desus berkenaan, pihak Apple kini telah disenaraikan sebagai salah seorang ahli dibawah Wireless Power Consortium – iaitu badan disebalik piawaian pengecasan tanpa-wayar yang dipanggil Qi.

Badan sama juga mempunyai sejumlah ahli lain, termasuk antaranya Samsung, Nokia, Lenovo, Asus dan sebagainya. Ini mungkin memudahkan lagi para pengguna sekiranya Apple turut mengguna-pakai piawaian yang sama dan selarikan penggunaannya di antara satu-sama lain.

Ia tidak diketahui lagi iPhone tahun ini akan menyertakan sokongan berkenaan ataupun tidak. Tetapi, dengan penyenaraian ini, kebarangkaliannya adalah kini lebih tinggi berbanding sebelum-sebelum ini.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Apple Menyertai Badan Disebalik Qi – Menguatkan Lagi Ura-Ura iPhone Dengan Sokongan Pengecasan Tanpa Wayar"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info