Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Google Maps Kini Membolehkan Anda Berkongsi Senarai Lokasi Kegemaran Bersama Rakan Lain

Google hari ini telah mengumumkan ciri baru untuk pengguna Google Maps di Android dan iOS, dimana ia kini membolehkan para pengguna untuk membuat senarai lokasi dan berkongsi ia dengan rakan-rakan atau ahli keluarga lain.

Melalui fungsi ini, ia secara tidak langsung mengintegrasikan fungsi sosial pada aplikasi pemetaan popular berkenaan, disamping memudahkan lagi pengguna untuk berkongsi agenda atau senarai lokasi menarik sekiranya menuju ke sesuatu destinasi.

Sebagai contoh, anda kini boleh membuat senarai lokasi makan menarik disesuatu negeri, dan berkongsi ia secara terbuka dengan pengguna Google lain.

Fungsi seumpama ini lebih popular pada aplikasi Foursquare sebelum ini. Kini, dengan pengenalan fungsi ini pada Google Maps – mungkin ia lebih memberikan sebab kenapa anda untuk membuang aplikasi Foursquare.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Google Maps Kini Membolehkan Anda Berkongsi Senarai Lokasi Kegemaran Bersama Rakan Lain"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info