Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Fungsi Pengecasan Galaxy Note 7 Di Singapura Akan Dinyahaktif 28 Disember Ini

Dua bulan sudah berlalu sejak Samsung GakNote 7 ditarik jualannya dari pasaran. Sungguhpun begitu masih banyak peminat tegar phablet ini terus bertegas menggunakannya. Mengejutkan sekali jumlah peranti aktif masih lebih tinggi berbanding beberapa peranti pesaing yang lebih baru. Samsung Singapura mengumumkan fungsi pengecasan Note 7 akan dinyahaktifkan pada 28 Disember hadapan.

Galaxy Note 7 Baharu

Kemas kini yang bakal diberikan ini sama seperti yang bakal diberikan kepada pengguna di Amerika Syarikat. Setakat ini 95% Note 7 telah dipulangkan semula di Singapura. Langkah yang diambil oleh Samsung Singapura ini lebih drastik berbanding Samsung Malaysia yang menghadkan pengecasan bateri ke 30% sahaja. Samsung dilaporkan sudah menemui sebab mengapa peranti mereka meletup. Ia hanya akan diumumkan secara rasmi selepas hasil ujian dari dua makmal luaran mengesahkan penemuan mereka.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Fungsi Pengecasan Galaxy Note 7 Di Singapura Akan Dinyahaktif 28 Disember Ini"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info