Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Peta Red Dead Redemption 2 Tertiris

Red Dead Redemption ialah permainan Western yang terbaik pernah dihasilkan. Genre ini mungkin tidak berapa popular tetapi di bawah pengawasan pasukan Rocktar, ia adalah permainan dengan jalan cerita yang menarik dan membuatkan anda mahu menjadi seorang koboi. Walaupun mendapat sambutan menggalakkan, sambungan kepada permainan tahun 2010 ini masih belum diumumkan. Terdapat ura-ura ia sedang dihasilkan tetapi bukti paling kukuh ia mungkin wujud ialah peta di bawah.

Red Dead Redemption 2 MAPPeta ini tertiris dan sumber dikatakan adalah dari studio Rockstar sendiri. Laporan mengatakan Red Dead Redemption 2 adalah prekuel kepada permainan asal. Pemain dapat melihat kehidupan John Martson sebelum beliau insaf dan berhenti dari menjadi seorang petualang. Sebagai peminat genre Western dan RDD, kami berharap peta yang tertiris ini adalah sahih dan bukannya palsu. Setelah menanti hampir enam tahun kami mahu melihat kehidupan John Martson sebelum berkeluarga.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Peta Red Dead Redemption 2 Tertiris"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info