Selepas YouTube menambah sokongan untuk video HDR sebelum ini, kini hari ini Vimeo turut telah mengumumkan yang mana para pengguna Vimeo kini boleh memuat-naik video HDR pada platform mereka, sehingga kepada resolusi 8K.
Seperti ramai sedia maklum, peranti dengan sokongan paparan 8K masih pada peringkat awal di pasaran – tetapi memandangkan Vimeo sering digunakan oleh penerbit kandungan, maka ia mungkin menjadi salah satu platform untuk memaparkan hasil karya berkualiti mereka pada resolusi tinggi.
Untuk video HDR, pihak Vimeo akan memaparkan logo “HDR” pada pemain video berkenaan, dan ia kini menyokong sejumlah peranti – termasuk iPhone X, iPad Pro dan juga Apple TV 4K.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Vimeo Menambah Sokongan Untuk Video HDR Sehingga 8K"